Monday 8 September 2014

6 September 1992
Dikala semua lena diulik sang mimpi
Bersaksi kan Kelantan Darul Naim
Seorang wanita bertarung untuk melahirkan aku
Ke dunia yang hanya sementara ini

Umie
Gelaran istimewa untuk yang teristimewa
Yang berkorban nyawa
Untuk aku serta darah daging ku

Anak-anak adalah rezeki dari Allah
Di dunia yang fana ini
Mungkin aku rezeki untuk Umie dan Abah
Setelah kehadiran kakak dan abang-abangku

Setahun kemudian
Umie ku sekali lagi berkorban nyawa
Untuk kelahiran adik ku 
Yang menjadi teman baik untuk diriku

Mengenal dunia bukan mudah
Jika tersilap langkah
Bahangnya akan terasa
Dan mungkin membakar
Diri aku yang lalai

Kini
Mungkin aku sudah matang
Atau tidak
Mengenal yang baik atau buruk
Berubah dan terus berubah
Agar aku tidak terus leka

Buat keluarga tercinta
Jika diri ini leka maka tegurlah
Jika diri ini terjatuh maka dampingilah
Untuk terus hidup dan beramal
Menjadi insan yang solehah
Serta berbakti buat keluarga tersayang.

Happy belated birthday Tuan Norhasmira Binti Tuan Ludin




Thursday 4 September 2014

Kenali Aku

Aku ..
Tiada dua atau tiga
Hanya aku
Bersyukur dengan apa yang ada

Aku..
Punya cita-cita
Banyak haluan untuk dipilih
Tapi bukan senang
Untuk memilih yang satu

Aku..
Berkata bila perlu
Yang tak perlu hanya difikiran
Tidak mampu untuk lancang dimulut

Aku..
Tiap hari memikirkan
Masa hadapan yang bakal tiba
Atau mungkin tidak
Berangan yang tak pasti

Aku..
Cuba dan cuba 
Untuk menyenangkan sesama manusia
Kerana aku takut
Jika keseorangan

Aku..
Bahagia itu perlu dicari
Jangan dilayan 'sunyi'
Kalau tidak mampu 
Untuk menghadapi.

-TNH-